Wednesday, 1 August 2012
Monday, 30 July 2012
mula rasa stress dengan kerja2 yang semakin banyak..
Kerja-kerja kursus semakin bertambah-tambah ... tak tau nak mula yang mana satu..huhu.. :( ..terlampau banyak..tu belum lagi tugasan2 semasa PBS, belum dengan presentation2 lagi...DOREMON!!!!...pinjamkan saya 1 robot untuk siapkan kerja2 ni....
Friday, 20 July 2012
Prabacaan
Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru perlulah menyediakan pengalaman bahasa , iaitu mengenal dan mengecam huruf. Murid perlu didedahkan dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-murid dalam mempertingkatkan ketajaman penglihatan dan pendengaran. Ia perlu bagi membentuk kelaziman membaca seperti membaca dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. (www.bakalguru.com, 2009).
Membaca memerlukan satu tingkat berfikir yang tinggi dan komunikasi mesej atau makna atau sebutan makna. Membaca merupakan proses kognitif iaitu berfikir melalui bahan bercetak. Proses menguasai bacaan melibatkan tahap penguasaan yang berbeza-beza. Pada setiap aras penguasaan mencerminkan tahap penguasaan pembacaan bagi individu tersebut. Pada setiap penguasaan bacaan ini terdapat beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan oleh pembaca. Setiap tahap boleh disimpulkan seperti berikut:
Kaedah Abjad (Tahap prabacaan). Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah huruf atau kaedah mengeja dan merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Murid-murid dikehendaki mengenali nama, bentuk dan mengecam huruf abjad.
Murid diperkenalkan dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa. Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Menurut Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar didedahkan serentak. Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada nama dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u.
Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan. Murid dilatih tubi membaca suku kata itu.
Daripada suku kata itu dibentuk perkataan seperti baba, baca, bola, buku, dada, dan cucu. Latih tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu. Misalnya untuk perkataan “buku”, mula-mula disebut nama huruf bi dan yu diikuti penyebutan bunyi suku kata “bu”; kemudian disebut nama huruf ke dan yu dikuti penyebutan bunyi suku kata “ku”, dan akhir disebut perkataan “buku”.
Penekanan terhadap nama abjad dan bunyi suku kata sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu. Kecuali bentuk dwihuruf (digraf) seperti konsonan ng dan diftong ai, umumnya satu huruf dalam bahasa Melayu melambangkan satu bunyi sahaja.
Setiap perkataan pula mesti terdiri daripada sekurang-kurangnya satu suku kata. Suku kata itu terhasil dengan menggabungkan satu atau lebih daripada satu konsonan dengan satu vokal atau diftong. dengan satu vokal atau diftong.
Dengan perkataan lain, struktur suku kata bahasa Melayu bersifat tetap dan mudah dikenal pasti. Hal ini memudahkan murid mengingat dan menyebut suku kata. Apabila murid menguasai suku kata, mereka dapat membentuk perkataan. Seterusnya, murid dapat membentuk apa-apa sahaja perkataan baharu dengan suku kata itu walaupun mereka tidak memahami makna perkataan itu. Rumusannya, kaedah ini menyediakan murid asas yang kukuh untuk membaca.
Kaedah ini mudah dikendalikan dan tidak memerlukan alat bantu belajar yang banyak. Berbekalkan pengalaman belajar membaca dengan menggunakan kaedah ini dan dengan menggunakan sumber yang minimum seperti buku, ditokok dengan kesungguhan dan kesabaran, sesiapa sahaja dapat mengajarkan bacaan kepada mana-mana kumpulan sasar dengan menggunakan kaedah ini.
Guru sekolah rendah dapat melaksanakan kaedah ini berpandukan buku dan dengan menggunakan carta abjad, carta suku kata dan kad perkataan. (http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com, 2009).
Kaedah Fonik (Tahap bacaan mekanis). Kaedah ini lebih menekankan amalan membuat latih tubi tentang penyebutan bunyi huruf, suku kata, frasa, ayat-ayat dan kurang memberi tumpuan kepada nama huruf. Kanak-kanak dilatih menyebut huruf secara terasing dan kemudiannya menggabungkan dengan bunyi-bunyi huruf lain untuk membentuk suku kata dan perkataan. Contoh lambang ‘b’ bukannya ‘bi’ tetapi disebut ‘beh’, ‘a’ disebut ‘ah’ dan begitulah seterusnya.
Kaedah fonik ini sesuai diajar kepada kanak-kanak kerana bahasa Melayu terdiri daripada suku kata yang hampir tetap bunyinya. Amalan ini akan membolehkan mereka yang baru belajar membaca melakukan latihan sebutan perkataan-perkataan baru.
Menurut Sofiah Hamid (1985: 1), selepas murid-murid mempelajari sejumlah perbendaharaan kata, mereka akan membandingkan unsur-unsur yang sama dalam perkataan-perkataan tersebut, dan kemudiannya membuat satu kesimpulan umum mengenai bunyi-bunyi yang terdapat dalam perkataan-perkataan yang telah dipelajari. Contohnya, selepas murid-murid diajarkan perkataan-perkataan yang dimulakan dengan bunyi yang sama seperti mana, mama, makan, baju, bapa, bawa, mereka diajar melihat dan mengenal bahawa perkataan-perkataan itu bermula dengan huruf dan suku kata yang sama tetapi memberi makna yang berbeza-beza.
Kaedah Seluruhan Perkataan (Tahap bacaan dan kefahaman). Kaedah inijuga dikenali dengan ‘kaedah perkataan’, ‘kaedah rangkai kata’, dan ‘kaedah ayat’. Kaedah ini lebih menumpukan kepada menyebut keseluruhan perkataan dengan bantuan gambar untuk merujuk kepada menyebut keseluruhan perkataan dengan bantuan gambar untuk merujuk benda yang dipamerkan itu.
Kanak-kanak dilatih untuk melakukan dua kemahiran di dalam satu masa, iaitu menyebutkan keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap rangsangan berbentuk gambar. Berbantukan gambar yang dilabelkan berhampiran dengan perkataan tersebut, kanak-kanak boleh menyebut perkataan untuk mewakili maksud yang terdapat di dalam gambar tersebut.
Kaedah Frasa. Seperti kaedah perkataan, kaedah ini pun mementingkan unsur-unsur yang bermakna semasa permulaan pengajaran membaca. Kaedah ini berasaskan andaian bahawa frasa merupakan unit yang lebih besar daripada perkataan, dan dengan ini lebih menarik minat murid-murid daripada perkataan.
Frasa-frasa yang bermakna boleh dibentuk dengan dua atau tiga perkataan yang mudah, contohnya:
Ini meja
Ini kerusi
Itu buku
Itu bola
Frasa-frasa ini kemudiannya dipanjangkan untuk membentuk ayat-yat mudah, misalnya:
Ini meja saya
Ini kerusi guru
Itu buku saya
Itu bola Ahmad
Semasa mengajar, guru akan memilih frasa-frasa yang sesuai agar terdapat peningkatan dalam proses pengajaran, daripada yang senang kepada yang susah. Dengan cara ini juga perkataan-perkataan yang baru dapat diperkenalkan.
Kaedah Kalimat. Menurut kaedah ini, murid-murid terlebih dahulu diperkenalkan kepada kalimat-kalimat atau ayat-ayat yang pendek dan bermakna. Guru akan menulis dan membaca satu kalimat daripada pertuturan beberapa kali. Kemudian murid-murid disuruh mengulangi membaca kalimat tersebut. Sesudah itu perhatian murid-murid ditarik kepada perkataan-perkataan yang membentuk kalimat itu. Perkataan-perkataan yang dipelajari kemudian disisipkan ke dalam kalimat-kalimat baru.
Selepas itu barulah unsur-unsur suku kata dan huruf dalam perkataan diperkenalkan. Pengetahuan mengenai unsur-unsur kemudiannya digunakan untuk membentuk kemampuan mengenal perkataan baru secara tepat dan berdikari.
Thursday, 19 July 2012
Monday, 16 July 2012
Program KIA2M
Program Kelas Intervensi Awal Membaca dan Menulis (KIA2M)
Pengenalan
Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu.
Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas.
Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.
02. Fokus Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
Strategi pengajaran dan pembelajaran Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) melibatkan beberapa langkah berikut:
percalonan
ujian penapisan
perancangan
pengajaran
penilaian
tindakan susulan
Carta alir Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)
Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)
Setelah melalui proses pencalonan dan ujian tapisan kemasukan, maka guru-guru yang telah dipilih untuk mengendalikan kelas ini perlulah merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berdasarkan modul pengajaran yang telah disediakan.
Berdasarkan modul berkenaan juga guru-guru boleh menyesuaikan aktiviti dan latihan yang dicadangkan mengikut tahap keupayaan murid masing-masing. Strategi berikut boleh digunakan mengikut kesesuaian.
a. Berpusatkan Guru
Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja.
b. Berpusatkan Murid
Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas.
c. Berpusatkan Bahan
Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan.
03. Pendekatan
Dalam pelaksanaan Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M), pendekatan secara kelas, kumpulan dan juga individu perlu digunakan mengikut kesesuaian dari segi kebolehan murid, aktiviti yang dirancang dan juga kemahiran yang hendak diajar.
a. Pendekatan secara kelas
Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar.
b. Pendekatan secara berkumpulan
Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid
Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan.
c. Pendekatan secara individu
Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu.
04. Teknik
Pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk mencapai sesuatu objektif.
Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik minat, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran guru.
Antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah:
teknik bercerita
teknik latih tubi
teknik tunjuk cara
teknik bersoal jawab
teknik main peranan
teknik menyanyi
teknik lakonan
teknik kuiz
Rancangan Pengajaran Secara Kumpulan
kumpulan cepat sederhana lambat
langkah 1 interaksi guru secara kelas
langkah 2 kerja bertulis interaksi guru secara kumpulan kecil
langkah 3 pengukuhan kerja bertulis interaksi guru secara individu
05. Bahasa Melayu Merentas Kurikulum
Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan.
Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu.
Pendidikan Jasmani Kesihatan:
1. Pergerakan menggunakan abjad, suku kata dan perkataan.
2. Permainan dalaman - dam abjad, suku kata, perkataan.
3. Lambung dan sambut pundi kacang/ bola berabjad/ suku kata.
Pendidikan Muzik:
1. Nyanyi Lagu - lagu abjad, mengeja, kanak-kanak.
2. Pergerakan berirama
3. Bunyi-bunyian berirama
Pendidikan Seni:
1. Binaan - menggunakan "play dough', plastesin dsb. membentuk abjad.
2. Catan - melukis bentuk-bentuk abjad, suku kata.
3. Capan - mengecap bentuk.
4. Tampalan - menampal bentuk abjad dan kolaj.
06. Kesimpulan
Penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis akan lebih berkesan jika murid mendapat peluang yang luas dan pelbagai untuk membolehkannya memahami sesuatu konsep.
Oleh itu adalah menjadi tugas dan tanggungjawab para guru untuk merancang pelbagai pendekatan, teknik, media pengajaran dan aktiviti agar murid dapat memahami apa yng disampaikan dengan lebih baik.

Subscribe to:
Posts (Atom)